Wednesday, February 23, 2011

Peranan Institusi Agama (Masjid) di Kariah, Masjid As-Syakirin, Mata Ayer, Perlis


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH :
Nama : Nur Mahfuzah binti Mohamad
No. Matrik : 2010426222
Kumpulan : ASD2En
PROGRAM :
Diploma Sains
TARIKH HANTAR :
23 Februari 2011




SENARAI KANDUNGAN:

PERKARA
MUKA SURAT
SENARAI KANDUNGAN
2
ABSTRAK
3
PENDAHULUAN
 4-5
KONSEP
  6
PERANAN INSTITUSI AGAMA
7
LAPORAN KEGIATAN/ AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID
8-11
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIADAKAN
12
PERSEKITARAN MASJID/ USTAZ UTAMA
13
RUJUKAN
14
PENUTUP
15-16










ABSTRAK
     Masjid merupakan sebaik-baik tempat kepada kita untuk kita berlindung daripada pelbagai ancaman dan ia juga merupakan salah satu tempat yang mulia yang ada di atas muka bumi ini.Oleh itu,kita haruslah memanfaatkan masjid dengan sebaik mungkin dengan mempelbagaikan kegiatan-kegiatan keilmuan yang mengandungi unsur-unsur keislaman untuk menarik minat para remaja supaya mereka selalu dan sentiasa mengunjungi masjid kerana masjid merupakan rumah ALLAH.Selain itu,masjid juga merupakan tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada ALLAH.Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat sembahyang malah terdapat pelbagai fungsinya yang lain.Orang mukmin dan beriman akan sentiasa berkunjung ke masjid tanpa mengira masa dan waktu.




PENDAHULUAN
       Alhamdulilah  segala puji bagi Allah tuhan pencipta sekalian alam , Pencipta segala manusia.Yang Maha Berkuasa,Maha Mengetahui , Maha Bijaksana.Selawat dan junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Pembawa rahmat ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas para sahabat,siddiqin,shuhada’ dan solihin.Mudah-mudahan kita tergolong bersama mereka dan sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
       Berbekalkan  ilmu yang sedikit, dari pengetahuan yang terlalu kecil, dengan izin Allah S.w.t.Tajuk yang saya pilih ialah peranan institusi agama di kariah saya iaitu Masjid As Syakirin Mukim Oran, Mata Ayer ,Perlis. . Masjid ini telah dirasmikan pada 31 Mei 1984  .Di tepi masjid ini terdapat tanah perkuburan Islam.Masjid ini mempunyai 2 imam utama iaitu Ustaz Ya Ali bin Haji Dahaman dan Ustaz Abu Bakar.
      Masjid ini mempunyai kemudahan yang mencukupi. Antaranya ialah bilik air muslimat dan muslimah, tempat mengambil wuduk, ruang s0lat, mini perpustakaan,  alat khariat kematian, peralatan kenduri-kendara, stor dan landskap yang menarik.
     Antara aktiviti tetap dan berkala yang diadakan di masjid As Syakirin ialah kuliah maghrib dan subuh, pengajian al-Quran, fardhu ain, dan pengajian bahasa arab. Selain itu,ada juga ceramah agama,forum,aktiviti kemasyarakatan,sembahyang fardhu, qiamulai, aktiviti gotong-royong,sumbangan kepada masyarakat,khairat kematian,sumbangan kepada anak kariah dan pengurusan masjid dilaksanakan dengan tersusun dan teratur.
       Keistimewaannya masjid ini  ialah masjid ini menyediakan kelas tusyen bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 dengan kadar bayaran yang rendah serta diberi makanan percuma. Jumlah kesemua pelajar ialah sbanyak 100 orang.Mata pelajaran yang diajar di sini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.Para guru yang mengajar tusyen ini adalah antara guru yang cemerlang di Perlis.Buktinya ramai pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan peperiksaan yang lain.
      Antara keistimewaan yang lain ialah masjid ini mempunyai jalur lebar yang membolehkan umat islam mengekses maklumat atau dikenali sebagai . Dengan adanya jalur lebar ini, umat islam tidak ketinggalan  dalam mengejar pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Oleh itu, tidak hairanlah jika Masjid ini  meraih gelaran masjid terbaik pada tahun 1425,1426 ,1427 ,1429 dan 2008.
     Masjid ini juga mempunyai masalah. Antara masalah yang paling kerap berlaku ialah masalah kecurian duit tabung. Penyelesaian kepada masalah ini, pihak masjid membuat tabung daripada besi yang kuat dan tabung tersebut dirantai di tiang-tiang masjid. Dengan cara tersebut selesailah masalah ini.  Perbuatan ini sering dilakukan oleh budak-budak nakal. Selain itu,masalah tiada tempat meletak kenderaan apabila solat hari raya Aidilfitri diadakan. Sepatutnya tanah terbiar di bahagian kiri masjid ini diwakafkan kepada masjid dan dijadikan tempat meletak kenderaan untuk memudahkan lagi umat islam beribadah.
     Dibahagian kiri masjid ini terdapat beberapa kedai yang didirikan oleh pihak masjid mengunakan derma yang terkumpul untuk membuka peluang umat islam setempat mencari rezeki yang halal.
    Masjid ini juga banyak melakukan aktiviti sosial apabila menjelangnya ramadan. Antaranya ialah beberapa anak kariah berkumpul bekerjasama membuat bubur lambuk untuk diagihkan kepada umat islam setempat dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama. Malah bukan itu saja, sesudahnya anak kariah mengerjakan solat tarawih mereka boleh menikmati moreh yang turut disediakan. Ini sekaligus dapat mengeratkan lagi siraturrahim dan ukhuwah antara pihak masjid dengan umat islam setempat.
    Antara aktiviti sosial masjid ini ialah, pihak masjid bersama-sama dengan pihak UiTM mengadakan Program anak angkat pelajar UiTM Arau, perlis. Tambahan lagi, masjid mengadakan Program ke Masjid bertarikh 29 Disember 2008. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pameran dari Agensi Kerajaan dan NGO, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, sukaneka, Pemeriksaan kesihatan, Demostrasi Masakan, dan Ceramah perdana. Selain itu, aktiviti sosial yang diadakan ialah Taklimat Pengurusan Masjid kepada Lawatan Imam-Imam Kelantan yang bertarikh 19 Ogos 2008.
   Pada paginya satu syawal, selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri, masjid memperuntukan RM2090 untuk mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak. Ini adalah diantara sumbangan masjid As-Syakirin. Selain itu, pihak masjid memperuntukan RM1000 kepada bakal-bakal haji.
   Diakhir temuramah ini saya berasa amat berbangga mempunyai masjid yang begitu aktif penglibatan anak kariahnya dan tidak jemu-jemu membuat penambahbaikan untuk mengimarahkan  lagi masjid As-Syakirin sekaligus mengeratkan ukhuwah di antara umat islam untuk bersama-sama menempah tempat di syurga Fidausi.Amin.












KONSEP

    MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam  masjid.

   Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

   Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat36-37)

    Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.







PERANAN INSTITUSI AGAMA

Di antara fungsi/peranan  masjid ialah:

·         Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. 
·         Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam. 
·         Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak. 
·         Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam
·          Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam. 
·         Tempat letaknya Baitulmal negara.
·         Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu. 
·         Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
·         Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).
Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi/peranan  masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk: 
·         Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya. 
·          Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa    bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan. 
·          Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan. 
·          Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan 
·          Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam. 













LAPORAN KEGIATAN / AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID
1 MUHARAM 1430 – 30 ZULHIJAH 1430
A. AKTIVITI TETAP DAN BERKALA
KELAS PENGAJIAN
ADA
TIADA
KEKERAPAN
TENAGA PENGAJAR
KEHADIRAN
(Anggaran )
TAKMIR
/
MAJLIS
/
KAFA
/
ANJURAN MASJID
/
Kuliah Magrib – Tafsir
1x seminggu
Ustaz Ya Ali Dahaman
140 orang
Kuliah Magrib – Hadis
2x seminggu
Ustaz Ya Ali Dahaman
140 orang
Kuliah Subuh – Kitab ar Ruh
1x seminggu
Ustaz Ya Ali Dahaman
90 orang
Kuliah Magrib – Hadis
1x seminggu
Ustaz Harun Yusof
80 orang
Pengajian Quran
4x seminggu
Ustaz Bakar Senapi
20 Orang
Fardzu Ain ( Muslimat )
1x seminggu
Ustazah Rodziah Mohd. Ali
30 Orang
Bahasa Arab ( Muslimat )
1x seminggu
Ustaz Sobri Saad
20 Orang
ANJURAN JAB. KERAJAAN/SWASTA/NGO
/
B. CERAMAH AGAMA / FORUM / AKTIVITI KEMASYARAKATAN LAIN
PROGRAM
ADA
TIADA
KEKERAPAN
PENCERAMAH JEMPUTAN
KEHADIRAN
(Anggaran )
CERAMAH
22Julai 2009
7 Ogos 2009
16 Sept 2009
28 Okt  2009
/
/
/
/
Dr. Muhd. Nasir UiTm
Ustaz  Mohd. Abd. Kadir Bin Sahak Ins. Ibn Qayyim
Dr. Muhd. Nasir UiTm
Dr. Muhd. Nasir UiTm
250 Orang
220 Orang
250 Orang
230 Orang
PROGRAM BELIA JOM KE MASJID
18 Julai 2009
Motivasi Belia
250 Orang
FORUM
18 Julai 2009
/
ABIM/JAB.MUFTI
250 Orang
Sembahyang Hajat Dan Bacaan Yasin Serta Berdoa – Majlis Persedian Menghadapi Persedian Pereriksaan UPSR
3 Sept 2009
/
Majlis Bersama Anak Jamaah, Ibu Bapa, Guru-guru dan Pelajar Sekolah Kebangsaan Oran.
350 Orang
PELANCARAN RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
28 Ogos 2009
/
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
400 Orang
MAJLIS KHATAM AL QURAN
15 Sept 2009
/
Anak Jamaah
50 Orang
C. SEMBAHYANG FARDHU
WAKTU
1-10 ORANG
11-20 ORANG
21-30 ORANG
50 KE ATAS
SUBUH
/
ZUHUR
/
ASAR
/
MAGRIB
/
ISYA
/
D. AKTIVITI GOTONG ROYONG
AKTIVITI
ADA
TIADA
KEKERAPAN
PENGLIBATAN ANAK KARIAH (Jumlah)
Gotong Royong Membersih Kawasan Masjid
21 Jun 2009
19 Julai 2009
9 Ogos 2009
Bersih Kubur
Bersih Kubur
Bersih Kubur
25 orang
40 orang
15 orang
Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan
21 Jun 2009
18 Julai 2009
Kawasan dan Dalam Masjid
20 orang
20 orang


E. SUMBANGAN KEPADA  MASYARAKAT
JENIS SUMBANGAN
KEPUTUSAN
Derma AMAL Palastin
RM2164.00
Derma anak yatim Perlis
RM 400.00
F. KHAIRAT KEMATIAN
Bilangan Ahli 2009                        :  296 orang
Bilangan Meninggal 2009   : 2 orang
Jumlah sumbangan 2009    : 2 orang X RM 560.00 = RM 1120.00
G. BANTUAN KEPADA ANAK KARIAH
JENIS BANTUAN
KEKERAPAN BANTUAN
BENTUK BANTUAN
JUMLAH BANTUAN
Bantuan Fakir Miskin Bulan Ramadan
Setiap Ramadan
Wang Tunai
RM 8,600.00
Bantuan Anak Yatim Bulan Ramadan ( Bil Sek. Menengah 13 org, Sek. Rendah 8 org ,belum bersekolah 1 orang)
Setiap Ramadan
Wang Tunai Dan senaskah Terjemahan Al Quran
RM 5,412.00
Bantuan tetap bulanan Anak Yatim
Ramadan ( Bil Sek. Menengah 13 org, Sek. Rendah 8 org ,belum bersekolah 1 orang)
Setiap bulan
Wang Tunai
RM 6,030.00
Duit Raya kepada kanak-kanak lepas sembahyang Raya
Setahun Sekali
418 orang X RM5.00
Wang Tunai
RM 2,090.00
Derma kepada pelajar IPT
Setahun sekali
Wang Tunai
RM1,300.00
Derma Kepada Bakal Haji
Setahun Sekali
2 orang X RM 100.00
Wang Tunai
RM 200.00


I. PENGURUSAN MASJID
Pegawai Masjid
JAWATAN
ADA
TIADA
IMAM 1
Ada
IMAM 2
Ada
IMAM 3
Kosong
BILAL 1
Ada
BILAL 2
Ada
SIAK 1
Ada
SIAK 2
Ada
SIAK 3
Ada
PENJAGA KAWASAN
Kosong
Jawatankuasa Kariah
Mesyuarat Agung
ADA ( Nyatakan Tarikh )
TIADA
17 Mei  2009

Mesyuarat Jawatankuasa
ADA ( Nyatakan Tarikh )
TIADA
24 Mac 2009
26 Mac 2009
10 Mei 2009
24 Jun 2009
8 Julai 2009
15 Julai 2009
28 Julai 2009
31 Julai 2009
12 Ogos 2009
8 Sept 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
AJK Kecil Pendidikan
ADA ( Nyatakan Tarikh )
TIADA
8 Julai 2009






 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI











RUJUKAN
-      INTERNET
-   USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN (IMAM UTAMA)
-      SHAHAR BIN ARIFFIN,57 TAHUN
-      PUAN SAUYAH BINTI YUSOF, 57 TAHUN
-      KAMUS DEWAN EDISI KE-3
-      BULETIN AS SYAKIRIN SIRI KE-1 0G0S 2010



PENUTUP

    Syukur kehadrat Illahi kerana saya berjaya menyiapkan Tugasan Projek CTU 101 pada masa yang telah ditetapkan mengikut kriteria yang telah digariskan. Berdasarkan tugasan ini dan hasil temuramah saya,saya mendapati masjid merupakan suatu tempat suci yang mempunyai banyak peranan yang dapat mendidik umat islam ke arah dan jalan yang benar.Oleh itu,setiap kariah haruslah memastikan umat islam di sekitar kariah yang berkaitan sentiasa berkunjung ke masjid kerana banyak yang kita akan dapat jika kita berkunjung ke masjid.Kesimpulan yang boleh saya buat,memperkasakan dakwah menerusi institusi masjid bergantung kepada paradigma pemikiran yang digunapakai. Struktur yang menjadi kerangka kerja,perjalanan masjid,soal kepimpinan dan kerjasama masyarakat Islam menentukan hala tuju masjid adalah sangat penting untuk memastikan sesuatu masjid itu sama ada berperanan kepada masyarakat ataupun tidak.Jika struktur pentadbiran sesuatu masjid berjalan dengan lancar maka tidak mustahillah ramai umat islam di setiap kariah masing-masing akan sentiasa berkunjung ke masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat malah melakukan ibadah-ibadah lain lagi.
   Dan disini juga saya ingin mengucapkakn jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu En.Abd Aziz Bin Harjin yang mengajar CTU 151.Beliau juga mencurahkan bakti dalam mengajar saya untuk memahami seterusnya mambuat tugas ini dengan lancar.Walaupun beliau mempunyai jadual yang padat beliau tetap mencuri masa untuk memberi penerangan  tentang tugasan ini.Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sanggup memberi tunjuk ajar serta panduan kepada saya sewaktu saya berusaha menyiapkan kerja khusus ini. Mereka juga tidak lokek ilmu untuk berkongsi maklumat berkenaan tugasan ini. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada imam utama Masjid As Syakirin,Mukim Oran,Mata Ayer,Perlis iaitu Ustaz Ya Ali Bin Dahaman yang banyak memberi kerjasama serta maklumat mengenai latarbelakang dan peranan masjid ini.Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses tugasan ini disiapkan.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan  terima kasih kepada ibu bapa yang  banyak memberi sokongan dan sumber kewangan kepada saya sepanjang saya membuat tugasan ini. Tanpa bantuan daripada mereka saya mungkin gagal menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.

Sekian , terima kasih.
assalamualaikumwarahmatulwahhiwabarakatuh.......